#Post Title #Post Title #Post Title

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT





POLISI 1:
KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
Pendahuluan
Pergi dan balik sekolah merupakan cara pelajar dan guru
menjaga keselamatan diri semasa pergi dan balik sekolah. Kemalangan jalan raya
berlaku akibat kecuaian dan kurang kesedaran para pengguna jalan raya.
Pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa pergi dan balik
sekolah.

Objektif

  • Mewujudkan persekitaran selamat pergi dan balik
    sekolah.
  • Memastikan pelajar memahami peraturan
    jalan raya dan tahu menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya.

Tatacara Pergi Sekolah

  • Pelajar mesti tiba di sekolah sebelum
    jam 7.30 pagi. 
    Pelajar yang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan.
  • Jika datang awal, jangan merayau di
    luar kawasan sekolah. Pelajar digalakkan datang berkumpulan  dan duduk di
    kawasan Dataran Perhimpunan atau kantin.
  • Pelajar bermotosikal hendaklah
    berlesen  dan meletak kenderaan di tempat yang disediakan.  Pelajar tidak
    dibenarkan menunggang basikal dan motosikal dalam kawasan sekolah.
  • Kenderaan pelajar wajib memenuhi
    spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa(JPJ).
  • Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan
    masuk ke kawasan sekolah.
  • Semasa menyeberang jalan pastikan
    tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan.
  • Bila berlaku kemalangan, lapor segera
    kepada guru / pentadbir.

Tatacara Balik  Sekolah

  • Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi
    peraturan lalulintas.
  • Pelajar mesti terus pulang ke rumah
    masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.
  • Pelajar hendaklah memaklumkan kepada
    pihak sekolah sebarang masalah yang dihadapi semasa perjalanan pulang dari
    sekolah.
  • Bagi pelajar yang membawa kenderaan
    sendiri mesti memastikan keselamatan diri dan kenderaan serta mematuhi
    peraturan lalulintas.
  • Bagi pelajar yang balik dengan bas, van dan kenderaan
    ibu bapa hendaklah menunggu di stesen bas yang disediakan.

POLISI KE-2: SALAH LAKU SIFAR

Pendahuluan

Dekad ini menyaksikan perkembangan sosial para pelajar semakin meningkat
sehingga membawa mereka terjerumus ke dalam masalah disiplin serta sosial yang
keterlaluan. Banyak pihak termasuk sekolah memandang serius akan hal ini
sehingga mewujudkan pelbagai program untuk mewujudkan salah laku sifar di
kawasan sekolah.

Objektif

  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang
    bebas dari masalah disiplin pelajar.
  • Membenteras budaya sosial yang
    keterlaluan.
  • Membentuk suatu suasana yang bersifat
    harmoni, aman dan saling menghormati di kalangan warga sekolah.

Jenis Salah Laku

  • Salah laku jenayah
  • Tingkah laku lucah
  • Kekemasan diri
  • Tingkah laku tidak mementingkan masa
  • Tingkah laku kurang sopan dan biadap
  • Tingkah laku musnah
  • Tingkah laku tidak jujur/menipu
  • Ponteng

Punca Salah Laku

  • Diri sendiri
  • Persekitaran /pengaruh luar
  • Keluarga
  • Sekolah

Langkah-langkah Pencegahan

  • Nasihat/Kaunseling
  • Amaran
  • Rotan
  • Digantung persekolahan
  • Dibuang sekolah
  • Laporkan kepada polis

POLISI KE-3: KESELAMATAN
MEMBULI
Pendahuluan
Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak
disenangi atau tidak diterima. Dengan pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan
budaya selamat semasa berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah.
Objektif
  • Menimbulkan kesedaran pelajar dan
    warga sekolah agar menghindari perbuatan membuli.
  • Memberi panduan kepada mangsa dan pemangsa kejadian
    untuk jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya.
Jenis Pelakuan Membuli
  • Mengejek dan peras ugut
  • Kata-kata jenaka, simbol, kartun,
    lukisan, gambar tulisan dan lain-lain.
  • Mengemukakan soalan yang tidak
    munasabah.
  • Memaksa melakukan sesuatu kerja.
  • Memaksa kawan untuk mencuri dan melakukan perkara yang
    salah.
Punca-Punca Perbuatan Membuli
  • Untuk menunjukkan kuasa
  • Pengaruh rakan sebaya dan media massa
  • Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri.
  • Mengukut trend semasa
Langkah Pencegahan Membuli
  • Sentiasa berada dalam kumpulan.
  • Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes
    buli atau tidak.
  • Mempelajari seni pertahanan diri untuk
    keselamatan.
  • Menjauhkan diri daripada bergaul
    dengan pelajar yang berisiko tinggi dan kawasan berisiko tinggi.
  • Memberitahu guru sekiranya pelajar
    menjadi mangsa.
Tindakan Susulan Pelakuan Membuli
  • Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau
    melihat sebarang bentuk perbuatan membuli.
  • Mengisi borang aduan.
  • Melapor kepada HEM/guru
    disiplin/guru/ibu bapa.

POLISI
KE-4:KESELAMATAN SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM

Pendahuluan

Kebanyakan aktiviti kokurikulum tidak terlepas dari
kejadian-kejadian kemalangan disebabkan oleh tahap kesihatan yang tidak seimbang
serta peralatan yang digunakan.Justeru itu satu tatacara tindakan yang dapat
menjadi panduan perlu disediakan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

Objektif

  • Memastikan aktiviti yang dijalankan dirancang dengan
    mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian
    Pendidikan.
  • Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar
    mengikut tatacara yang disediakan.

Tatacara Pelajar

Sukan dan Permainan

  • Melaporkan tahap kesihatan kepada
    guru.
  • Memakai pakaian dan kasut yang sesuai
    dengan aktiviti.
  • Jika rasa tidak selesa atau tidak
    mampu meneruskan aktiviti maklumkan kepada guru.
  • Tidak menggunakan peralatan yang telah
    rosak.
  • Melaporkan kepada guru tentang kemalangan yang berlaku.

Unit Beruniform

  • Taraf kesihatan yang sihat dan
    berpakaian sesuai.
  • Ketua pasukan merekodkan kedatangan
    ahli.
  • Jalankan aktiviti secara berkumpulan serta mematuhi
    arahan guru.
  • Sekiranya berlaku kemalangan laporkan kepada guru.

Kelab dan Persatuan

  • Memaklumkan sebab/alasan kepada guru
    jika tak dapat hadir.
  • Memakai pakaian yang telah ditetapkan
    dan mematuhi arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Sekiranya berlaku kemalangan /
    kecemasan hendaklah diberi rawatan segera atau laporkan kepada guru.
  • Pulang ke rumah segera setelah tamat
    aktiviti atau aktiviti dibatalkan

[ Read More ]

Ubat kepada malas menurut Islam





Ubat kepada malas menurut Islam


Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.
Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد
Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :
يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.

Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً

Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.
Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.


[ Read More ]

TUGAS GURU KAUNSELING



Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling

  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
  23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.
  24. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  25. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
  26. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

[ Read More ]

AKIBAT MALAS



AKIBAT MALAS …


Di antara murid-murid yang belajar pada Aristoteles (filsuf Yunani) terdapat seorang yang sangat malas. Ketika diperingatkan oleh gurunya, dia menjawab mengemukakan alasannya, “Apa yang harus saya lakukan? Saya tidak memiliki ketekunan untuk membaca, dan tidak mempunyai kesabaran terhadap kelelahan serta kejenuhan belajar”.


Aristoles lalu berkata kepada muridnya yang malas itu, “Kalau demikian tidak ada jalan lain bagimu kelak, kecuali harus sabar menghadapi KESENGSARAAN dan KEBODOHAN”.





 
[ Read More ]

6 Penyebab Malas Belajar


 

6 Penyebab Malas Belajar

Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar:

1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan2 kita.

2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan.

3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut.

4. Mood

'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif.

5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas.

6. Fizikal kurang sihat

Apabila kita sakit, maka kita tidak dapat belajar dengan baik, masa tu lah juga baru kita nak menghargai dan bersyukur sekiranya ada tubuh badan yang sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan kita sepanjang masa.


-ORANG YANG PEMALAS TIDAK AKAN BERJAYA DALAM HIDUP -
 
SUMBER : http://blogsanasini.blogspot.com/2012/01/6-penyebab-malas-belajar.html
 
[ Read More ]

TIP MUDAH MENGINGAT KETIKA BELAJAR



Tips Mudah Mengingat

KITA INGAT 10% APA YANG DIBACA
KITA INGAT 20% APA YANG DIDENGAR
KITA INGAT 50% APA YANG DIDENGAR DAN DILIHAT
KITA INGAT 70% APA YANG DICAKAP
KITA INGAT 90% APA YANG DIPRAKTIS
MENCATAT ADALAH PROSES UNTUK MEMUDAHKAN KITA INGAT APA YANG KITA LUPA


Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:
  • Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmu-ilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu.
Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikhexam.
  • Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis – Pulmonary Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepadasystem yang lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca.
  • Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.
  • Belajar menggunakan pelbagai deria.
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Saya yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.
  • Menggunakan imej-imej sebagai bantuan.
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi dan lain-lain daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan saya di sini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. Saya dahulunya gunakan teknik ini ketika belajar untuk mengingat fakta-fakta anatomy tubuh badan manusia. Anatomy tubuh manusia sememangnya sangat kompleks ditambah lagi dengan nama-nama setiap organ dan tisu-tisu dalam badan manusia ini dinamakan dalam bahasa latin, ini membuatkannya lebih susah untuk dihafal. Saya selalunya akan lukiskan kembali bahagian tubuh yang saya cuba untuk hafal tersebut dalam rajah skema yang sangat ringkas diatas kertas A4, kemudian saya akan cuba untuk mengimbas kembali buku anatomy saya berserta gambar rajah skema saya di sebelah. Bila saya membaca teks buku anatomy tersebut, kali ini saya cuba untuk gambarkan rajah skema tersebut dalam minda saya, sambil baca sambil buat connection kepada rajah skema tersebut (dalam kepala), dan alhamdulillah ianya lebih mudah melekat dalam memori saya daripada hanya membaca teks buku sahaja.
  • Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.
Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster dan sebagainya. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.
  • Manfaatkan masa yang ada sebaiknya.
Antara sebab kenapa kadang-kalanya kita tidak dapat mengingati ilmu-ilmu yang telah kita pelajari ialah kurangnya masa yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran dan kita tidak memanfaatkan masa yang kita ada dengan sebaikya. Kita banyak menghabiskan masa-masa lapang kita dengan membuat perkara-perkara yang merugikan dan tidak bermanfaat kepada diri kita. Kita mampu menghabiskan tiga atau empat jam dengan bermain komputer games atau melayari kartun-kartun anime di komputer, tetapi kita merasa malas untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran. Kita menghabiskan sepanjang hari dengan bermain play station atau Dota di komputer, tetapi jarang kita habiskan masa seharian kita untuk kita ulangkaji pelajaran yang telah kita pelajari di universiti pada hari tersebut. Kita hanya akan tunggu untuk membuat ulangkaji apabila hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja lagi sebelum exam bermula.
Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau perdana menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.
  • Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah.
Saya amat mengkagumi mereka yang mampu menghafal sebuah al Quran. Menghafal al Quran bukannya mudah. Menghafal al Quran adalah menghafal perkataan demi perkataan tanpa salah atau silap sedikitpun. Tidak sama seperti kita menghafal buku-buku rujukan sains, kita hanya mengambil intipatinya sahaja, tidaklah kita menghafal perkataan satu per satu.
Ilmu ini juga milik Allah. Allah yang layak umtuk memberi ilmu ini kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Ikhlaskan niat kita untuk kita gunakan ilmu ini kepada kebaikkan, insyaAllah Allah akan membantu kita untuk mudah kita mengingat.
Para hafiz al Quran, antara tips yang memudahkan mereka menghafal al Quran ialah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seharian. Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih hati. Kata Imam Syafie, “Ilmu ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk memasuki hati-hati yang dipenuhi oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”. Elaklah daripada melakukan dosa kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita, dan menyukarkan kita untuk mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.
  • Nota ringkas atau mind-map.
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita menghadapi peperiksaan. Kalau kita sempat, semasa kita mengulangkaji pelajaran, cubalah untuk membuat nota seringkas yang mungkin untuk jadi rujukan kita kemudian sebelum peperiksaan nanti. Nota-nota ringkas in hanya sebagai recap sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.
  • Perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam belajar, dan bersabar.
Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar, merasai keperitan untuk memperoleh ilmu-ilmu ini, kita sebenarnya akan lebih menghargai apa yang kita dapat dan selalunya akan lebih mudah untuk kita ingat apa yang kita belajar. Kesusahan itu sesungguhnya mengajar. Imam Bukhari, seorang yang terkenal dengan kebolehan menghafal ratusan ribu hadis-hadis sahih, telah melalui fasa pembelajaran begini. Beliau terpaksa mengharungi padang pasir yang panas beribu-ribu batu untuk hanya sekadar memperolehi satu hadis. Atas kesungguhkan dan susah payah beginilah, akhirnya beliau mampu untuk mengingat ratusan ribu hadis-hadis sahih didalam memorinya. Saya yakin, kita juga mampu.
Tidak ada manusia diatas dunia ini yang lahirnya genius. Manusia bijak pandai dan berjaya adalah lahir daripada susah payah dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi sebelum menempa kejayaan. Kejayaan tidak datang tanpa titik peluh. Titik peluh itulah sebenarnya adalah azimat-azimat kejayaan.
Oleh:
Dr. Shaiful Aizad Shafie
Ketua ISMA New South Wales
Blog: Menuju Sinar Cahaya
[ Read More ]

PROGRAM MINGGU ANTI DADAH & MINDA SIHAT 2013

13 MAC 2013
DEWAN ALKHAWARIZMI









[ Read More ]