#Post Title #Post Title #Post Title

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT





POLISI 1:
KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
Pendahuluan
Pergi dan balik sekolah merupakan cara pelajar dan guru
menjaga keselamatan diri semasa pergi dan balik sekolah. Kemalangan jalan raya
berlaku akibat kecuaian dan kurang kesedaran para pengguna jalan raya.
Pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan budaya selamat semasa pergi dan balik
sekolah.

Objektif

  • Mewujudkan persekitaran selamat pergi dan balik
    sekolah.
  • Memastikan pelajar memahami peraturan
    jalan raya dan tahu menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya.

Tatacara Pergi Sekolah

  • Pelajar mesti tiba di sekolah sebelum
    jam 7.30 pagi. 
    Pelajar yang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan.
  • Jika datang awal, jangan merayau di
    luar kawasan sekolah. Pelajar digalakkan datang berkumpulan  dan duduk di
    kawasan Dataran Perhimpunan atau kantin.
  • Pelajar bermotosikal hendaklah
    berlesen  dan meletak kenderaan di tempat yang disediakan.  Pelajar tidak
    dibenarkan menunggang basikal dan motosikal dalam kawasan sekolah.
  • Kenderaan pelajar wajib memenuhi
    spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa(JPJ).
  • Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan
    masuk ke kawasan sekolah.
  • Semasa menyeberang jalan pastikan
    tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan.
  • Bila berlaku kemalangan, lapor segera
    kepada guru / pentadbir.

Tatacara Balik  Sekolah

  • Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi
    peraturan lalulintas.
  • Pelajar mesti terus pulang ke rumah
    masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.
  • Pelajar hendaklah memaklumkan kepada
    pihak sekolah sebarang masalah yang dihadapi semasa perjalanan pulang dari
    sekolah.
  • Bagi pelajar yang membawa kenderaan
    sendiri mesti memastikan keselamatan diri dan kenderaan serta mematuhi
    peraturan lalulintas.
  • Bagi pelajar yang balik dengan bas, van dan kenderaan
    ibu bapa hendaklah menunggu di stesen bas yang disediakan.

POLISI KE-2: SALAH LAKU SIFAR

Pendahuluan

Dekad ini menyaksikan perkembangan sosial para pelajar semakin meningkat
sehingga membawa mereka terjerumus ke dalam masalah disiplin serta sosial yang
keterlaluan. Banyak pihak termasuk sekolah memandang serius akan hal ini
sehingga mewujudkan pelbagai program untuk mewujudkan salah laku sifar di
kawasan sekolah.

Objektif

  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang
    bebas dari masalah disiplin pelajar.
  • Membenteras budaya sosial yang
    keterlaluan.
  • Membentuk suatu suasana yang bersifat
    harmoni, aman dan saling menghormati di kalangan warga sekolah.

Jenis Salah Laku

  • Salah laku jenayah
  • Tingkah laku lucah
  • Kekemasan diri
  • Tingkah laku tidak mementingkan masa
  • Tingkah laku kurang sopan dan biadap
  • Tingkah laku musnah
  • Tingkah laku tidak jujur/menipu
  • Ponteng

Punca Salah Laku

  • Diri sendiri
  • Persekitaran /pengaruh luar
  • Keluarga
  • Sekolah

Langkah-langkah Pencegahan

  • Nasihat/Kaunseling
  • Amaran
  • Rotan
  • Digantung persekolahan
  • Dibuang sekolah
  • Laporkan kepada polis

POLISI KE-3: KESELAMATAN
MEMBULI
Pendahuluan
Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal yang tidak
disenangi atau tidak diterima. Dengan pelaksanaan polisi ini dapat mewujudkan
budaya selamat semasa berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah.
Objektif
  • Menimbulkan kesedaran pelajar dan
    warga sekolah agar menghindari perbuatan membuli.
  • Memberi panduan kepada mangsa dan pemangsa kejadian
    untuk jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya.
Jenis Pelakuan Membuli
  • Mengejek dan peras ugut
  • Kata-kata jenaka, simbol, kartun,
    lukisan, gambar tulisan dan lain-lain.
  • Mengemukakan soalan yang tidak
    munasabah.
  • Memaksa melakukan sesuatu kerja.
  • Memaksa kawan untuk mencuri dan melakukan perkara yang
    salah.
Punca-Punca Perbuatan Membuli
  • Untuk menunjukkan kuasa
  • Pengaruh rakan sebaya dan media massa
  • Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri.
  • Mengukut trend semasa
Langkah Pencegahan Membuli
  • Sentiasa berada dalam kumpulan.
  • Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes
    buli atau tidak.
  • Mempelajari seni pertahanan diri untuk
    keselamatan.
  • Menjauhkan diri daripada bergaul
    dengan pelajar yang berisiko tinggi dan kawasan berisiko tinggi.
  • Memberitahu guru sekiranya pelajar
    menjadi mangsa.
Tindakan Susulan Pelakuan Membuli
  • Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau
    melihat sebarang bentuk perbuatan membuli.
  • Mengisi borang aduan.
  • Melapor kepada HEM/guru
    disiplin/guru/ibu bapa.

POLISI
KE-4:KESELAMATAN SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM

Pendahuluan

Kebanyakan aktiviti kokurikulum tidak terlepas dari
kejadian-kejadian kemalangan disebabkan oleh tahap kesihatan yang tidak seimbang
serta peralatan yang digunakan.Justeru itu satu tatacara tindakan yang dapat
menjadi panduan perlu disediakan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

Objektif

  • Memastikan aktiviti yang dijalankan dirancang dengan
    mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian
    Pendidikan.
  • Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar
    mengikut tatacara yang disediakan.

Tatacara Pelajar

Sukan dan Permainan

  • Melaporkan tahap kesihatan kepada
    guru.
  • Memakai pakaian dan kasut yang sesuai
    dengan aktiviti.
  • Jika rasa tidak selesa atau tidak
    mampu meneruskan aktiviti maklumkan kepada guru.
  • Tidak menggunakan peralatan yang telah
    rosak.
  • Melaporkan kepada guru tentang kemalangan yang berlaku.

Unit Beruniform

  • Taraf kesihatan yang sihat dan
    berpakaian sesuai.
  • Ketua pasukan merekodkan kedatangan
    ahli.
  • Jalankan aktiviti secara berkumpulan serta mematuhi
    arahan guru.
  • Sekiranya berlaku kemalangan laporkan kepada guru.

Kelab dan Persatuan

  • Memaklumkan sebab/alasan kepada guru
    jika tak dapat hadir.
  • Memakai pakaian yang telah ditetapkan
    dan mematuhi arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Sekiranya berlaku kemalangan /
    kecemasan hendaklah diberi rawatan segera atau laporkan kepada guru.
  • Pulang ke rumah segera setelah tamat
    aktiviti atau aktiviti dibatalkan

Leave a Reply