#Post Title #Post Title #Post Title

33 PERKARA WAJIB SEBELUM PEPERIKSAAN



  1. Jika peperiksaan tersebut diadakan sebelah pagi, janganlah lupa bersarapan.
  2. Sarapan yang diambil hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan
  3. Makan makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengah hari
  4. Ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri akan mengantuk
  5. Jika ingin makan snek, pilih snek yang boleh memberi tenaga untuk belajar dan mengulang kaji . Contoh sandwic dan semangkuk bijirin sarapan dengan susu memberi tenaga yang boleh bertahan lebih lama dan menjimatkan masa untuk belajar
  6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protein kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam.
  7. Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat. Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan. Sebaliknya sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar di antara waktu rehat.
  8. Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu sekiranya kekurangan air dan ini bolehmenyebabkan hilang fokus semasa peperiksaan
  9. Minulah segelas susu panas sebelum masuk tidur.
  10. Mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan Omega 3 boleh meningkatkan daya ingatan.
  11. Lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrein ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien. Senaman mental yang boleh dilakukan seperti membuat kuiz dan teka-teki.
  12. Kesihatan WAJIB dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Tidak seharusnya belajar hingga lewat malam kerana ia menjejaskan konsentrasi.
  13. Demi mencari ketenteraman jiwa, apa kata kamu bersiar-siar di taman selepas belajar beberapa jam, jika keadaan mengizinkan
  14. Elakkan diri daripada aktiviti yang boleh membawa kecederaan.
  15. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.
  16. Perbanyakkan baca al-Quran
  17. Banyakkan solat sunat. Amalakan solat sunat pada sepertiga malam untuk memperoleh ketenangan dan kekuatan.
  18. Selalu berdoa
  19. Bersangka baik kepada Allah.
  20. Lakukan kegiatan luar. Luangkan masa seketika dalam kesibukkan mengulang kaji pelajaran.
  21. Meningis denga sepuas hati. Luahkan rasa hati dengan menulis rasa ketidakpuasan hati kita dalam sehelai kertas.
  22. Hargai kebolehan diri
  23. Perlu ada sikap yakin diri
  24. Cintai diri sendiri.
  25. Sentiasa Update perkembangan diri dengan memaklumkan kepada ibu dan ayah.
  26. Mohon restu
  27. Ambil Wuduk
  28. Menghadap Kiblat
  29. Niat dan lafaz doa
  30. Tidak mengambila masa terlalu lama untuk mengulang kaji, otak perlukan rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
  31. Membaca menggunakan teknik menyemak atau melihat setiap muka surat secara ambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada sesuatu topik secara santai.
  32. Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
  33. Tamatkan mengulangkaji dengan berdoa; mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.

“Semoga Berjaya ! :)

Leave a Reply