#Post Title #Post Title #Post Title

PROGRAM MINGGU ANTI DADAH & MINDA SIHAT 2013

13 MAC 2013
DEWAN ALKHAWARIZMI









[ Read More ]

Tips Menangani Tekanan Di kalangan Pelajar



Tips Menangani Tekanan Di kalangan Pelajar


STRES merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu. Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian. Pakar mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan mudah mengalami stres. Justeru, fenomena stres di kalangan pelajar universiti merupakan satu topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti. Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yg menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yg baik apabila berada di universiti.

Persaingan yg sengit dlm mengejar kecemerlangan akademi telah memberikan tekanan yg tinggi kepada pelajar dlm merealisasikan wawasan mereka. Selain itu, faktor seperti persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar juga boleh menyumbang stres kepada pelajar. Justeru, stres masih tidak boleh dipisahkan dgn kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.

Di bawah beberapa faktor penyumbang stres kepada pelajar dan langkah2 mengatasinya. Mungkin ada di antara faktor tersebut yang ada kena mengena dengan My Friends?


Langkah Atasi Tekanan Dari IbuBapa

Keluarga yang mempunyai masalah atau konflik akan menyebabkan anak yang menjadi mangsa. Anak-anak akan berasa terpinggir dek kerana kurang kasih sayang. Oleh yang demikian, anak-anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan kaunselor profesional serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu para pelajar dari terus dibelenggu tekanan.

Langkah Mengatasi Punca Persekitaran

Beriadah dapat mengurangkan stres ;

Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar.

Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stres.

Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran selain komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa.

Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. cuba laa luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita.

Langkah Atasi Punca Keinginan Melebihi Kemampuan

Bukannya semua insan dianugerahkan minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan. Kita mestilah mengenal pasti had kemampuan kita. Apabila kita sedar sesuatu perkara yang kita lakukan itu di luar kemampuan, kita seharusnyalah berhenti melakukannya. Kita boleh meminta bantuan daripada orang yang lebih layak dan mahir untuk menyempurnakan perkara tersebut. Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita tidak terlalu memaksa diri. Kita boleh menjalankan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan supaya tekanan dapat diatasi. Oleh itu, janganlah kita terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu menanggungnya.


Langkah Mengatasi Tekanan dari Sudut Interpersonal

Cara-cara pelajar mengatasi stres ialah pelajar boleh mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks. Sebagai contoh, pelajar boleh menyanyi, menari dan menjerit (INGAT...ini contoh saja tak semestinya cara ini sesuai dgn diri anda dan anda tak perlu MELAKUKANNYA tapi mungkin berkesan kpd orang lain dari sudut INTERPERSONAL mereka). Hal ini boleh membantu pelajar melepaskan stres sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di mana sahaja tanpa mementingkan senikata lagu tersebut.

Pelajar juga boleh menghilangkan stres dengan meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluahkannya dalam diari. Pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib. Meluahkan perasaan kepada sahabat dapat mengurangkan stres. Selain itu, stres juga boleh diatasi apabila pelajar melihat segala masalah itu dari sudut positif. Misalnya, apabila pelajar menghadapi sesuatu masalah pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerina masalah itu sebagai panduan dan mengandungi hikmah untuk kehidupan di masa akan datang.

Disamping itu, pelajar juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stres, Contohnya, bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan pelajar tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar harus utamakan kerja yang lebih penting terlebih dahulu. Segala langkah yang disarankan ini pelajar boleh sentiasa praktiskannya bagi menghilangkan stres dan menjalani kehidupan seharian tanpa masalah.

Langkah Menangani Punca Sosial

Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, mengikuti majlis keagamaan, menderma kepada masjid atau rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan kegiatan bersosial yang tak berfaedah dengan kawan2nya.
Selain itu,pelajar juga patut meninjau keadaan orang yg lebih kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan, pendidikan, kesihatan dan keluarga. Ini sekaligus akan dapat menyedarkan pelajar terbabit dari terus lalai dan hanyut dgn gejala sosial yg merugikan masa depan pelajar itu sendiri.

Sejujurnya masalah stres dihadapi oleh semua orang dalam semua institusi atau keadaan, tidak hanya golongan pelajar atau pekerja saja. Dalam rumahtangga pun tak kurang hebatnya stres yang ada begitu juga dalam kehidupan berjiran, bermasyarakat atau apa saja hatta di jalan raya pun boleh mengundang stres. Jadi elok laa jika kita ada skill untuk membantu mengatasinya.
 
 
SUMBER : http://ayie-puteragahara.blogspot.com/2011/11/tips-menangani-tekanan-di-kalangan.html
 
[ Read More ]

PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG DAN MENTOR -MANTEE 2013

TARIKH :  4 MAC 2013
TEMPAT : DATARAN SMKPP


 
 


 














[ Read More ]

BELAJAR DARI CERITA ITIK...JOM BACA

 
 
 
 
 
Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.
Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.
Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?
Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.
Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.
Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?
SUDAH TENTU TIDAK!
Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!”
Saya ucapkan Selamat Berjaya buat adik-adik semua dan Selamat Berenang!!
 
 
Sumber: motivasibelajar.com
[ Read More ]

SEHARI SEPOTONG AYAT



SEHARI SEPOTONG AYAT..JOM BACA JAP...


.


 

.
[ Read More ]

KISAH PENSEL DAN PEMADAM





 
 
 
 
 
 
 
 
PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...

PENGAJARAN: 'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

 
 
 
[ Read More ]

PENGORBANAN




[ Read More ]