Tips Menangani Tekanan Di kalangan Pelajar
Posted by unitictsmkppasir
- -
Tips Menangani Tekanan Di kalangan Pelajar
STRES merupakan satu
pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang individu. Stres
boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian.
Pakar mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malahan
turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan
persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai
peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya,
mereka akan mudah mengalami stres. Justeru, fenomena stres di kalangan pelajar
universiti merupakan satu topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakan
pengkaji.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti. Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yg menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yg baik apabila berada di universiti.
Persaingan yg sengit dlm mengejar kecemerlangan akademi telah memberikan tekanan yg tinggi kepada pelajar dlm merealisasikan wawasan mereka. Selain itu, faktor seperti persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar juga boleh menyumbang stres kepada pelajar. Justeru, stres masih tidak boleh dipisahkan dgn kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.
Di bawah beberapa faktor penyumbang stres kepada pelajar dan langkah2 mengatasinya. Mungkin ada di antara faktor tersebut yang ada kena mengena dengan My Friends?
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di universiti. Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yg menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yg baik apabila berada di universiti.
Persaingan yg sengit dlm mengejar kecemerlangan akademi telah memberikan tekanan yg tinggi kepada pelajar dlm merealisasikan wawasan mereka. Selain itu, faktor seperti persekitaran, persaingan kerjaya, hubungan interpersonal dan cara pemikiran pelajar juga boleh menyumbang stres kepada pelajar. Justeru, stres masih tidak boleh dipisahkan dgn kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.
Di bawah beberapa faktor penyumbang stres kepada pelajar dan langkah2 mengatasinya. Mungkin ada di antara faktor tersebut yang ada kena mengena dengan My Friends?
Langkah Atasi Tekanan Dari IbuBapa
Keluarga yang mempunyai masalah atau konflik akan menyebabkan anak yang menjadi mangsa. Anak-anak akan berasa terpinggir dek kerana kurang kasih sayang. Oleh yang demikian, anak-anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan kaunselor profesional serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal ini sedikit-sebanyak dapat membantu para pelajar dari terus dibelenggu tekanan.
Langkah Mengatasi Punca Persekitaran
Beriadah dapat mengurangkan stres ;
• Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar.
• Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar.
• Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stres.
• Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran selain komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa.
Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. cuba laa luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita.
Langkah Atasi Punca Keinginan Melebihi Kemampuan
Bukannya semua insan dianugerahkan minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan. Kita mestilah mengenal pasti had kemampuan kita. Apabila kita sedar sesuatu perkara yang kita lakukan itu di luar kemampuan, kita seharusnyalah berhenti melakukannya. Kita boleh meminta bantuan daripada orang yang lebih layak dan mahir untuk menyempurnakan perkara tersebut. Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita tidak terlalu memaksa diri. Kita boleh menjalankan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan supaya tekanan dapat diatasi. Oleh itu, janganlah kita terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu menanggungnya.
Langkah Mengatasi Tekanan dari Sudut Interpersonal
Cara-cara pelajar mengatasi stres ialah pelajar boleh mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks. Sebagai contoh, pelajar boleh menyanyi, menari dan menjerit (INGAT...ini contoh saja tak semestinya cara ini sesuai dgn diri anda dan anda tak perlu MELAKUKANNYA tapi mungkin berkesan kpd orang lain dari sudut INTERPERSONAL mereka). Hal ini boleh membantu pelajar melepaskan stres sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di mana sahaja tanpa mementingkan senikata lagu tersebut.
Pelajar juga boleh menghilangkan stres dengan meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluahkannya dalam diari. Pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib. Meluahkan perasaan kepada sahabat dapat mengurangkan stres. Selain itu, stres juga boleh diatasi apabila pelajar melihat segala masalah itu dari sudut positif. Misalnya, apabila pelajar menghadapi sesuatu masalah pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerina masalah itu sebagai panduan dan mengandungi hikmah untuk kehidupan di masa akan datang.
Disamping itu, pelajar juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stres, Contohnya, bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan pelajar tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar harus utamakan kerja yang lebih penting terlebih dahulu. Segala langkah yang disarankan ini pelajar boleh sentiasa praktiskannya bagi menghilangkan stres dan menjalani kehidupan seharian tanpa masalah.
Langkah Menangani Punca Sosial
Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, mengikuti majlis keagamaan, menderma kepada masjid atau rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan kegiatan bersosial yang tak berfaedah dengan kawan2nya. Selain itu,pelajar juga patut meninjau keadaan orang yg lebih kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan, pendidikan, kesihatan dan keluarga. Ini sekaligus akan dapat menyedarkan pelajar terbabit dari terus lalai dan hanyut dgn gejala sosial yg merugikan masa depan pelajar itu sendiri.
Sejujurnya masalah stres dihadapi oleh semua orang dalam semua institusi atau keadaan, tidak hanya golongan pelajar atau pekerja saja. Dalam rumahtangga pun tak kurang hebatnya stres yang ada begitu juga dalam kehidupan berjiran, bermasyarakat atau apa saja hatta di jalan raya pun boleh mengundang stres. Jadi elok laa jika kita ada skill untuk membantu mengatasinya.
PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG DAN MENTOR -MANTEE 2013
Posted by unitictsmkppasir
- -