
Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha