Solat merupakan satu kewajipan bagi muslim. Tetapi, ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam bersolat. Solat dah jadi macam perkara yang diambil mudah oleh orang ramai. Ada mood nak buat, buat, bila malas, ahh lantaklah.
Beberapa punca telah dikesan menggunakan kepala otak dan juga pemerhatian
harian |Skuad Pencarian Sebab Munasabab|
1) Mak bapak tak prihatin
- salah satu sebab, yang mana mak bapak tak mengambil berat tentang perihal
solat anak-anak di waktu kecil. Anak-anak cuma tahu pasal hal-hal agama melalui
pelajaran di sekolah. Sehinggalah bila tiba usia matang, solat bagaikan satu
perkara asing dan susah hendak dibuat.
2) Terpengaruh dengan kawan
- salah pilih member. Yang tu satu masalah , yang menjadi lagi bermasalah
bila perangai member yang malas solat pun diikuti. Yela, dah sama-sama keluar
lepak, shoping sakan, solat tinggal jelah.
3) Trend
- ikut perkembangan masa. Kononnya sekarang ni trend orang tak solat, kita
pun sama ikut tak solat. Ada ke?
4) Muslim pada nama
- menjadi seorang muslim kerana keturunan. Yela, sebab atok-nenek dahulunya
Islam. Bangganya menjadi seorang muslim, tetapi ciri-ciri Islam langsung
tiada.
5) Penat bekerja
- sakan bekerja, tetapi solat ditinggalkan. Terlalu melebihkan dunia
sehingga lupakan ukhrawi. OT 5jam sehari, solat 5minit pun tak mampu.
6) Sikap pemimpin
7) Hiburan yang melampau
- kemajuan teknologi. Pelbagai benda dicipta untuk keseronokan dunia.
Panggung Wayang, Theme Park,TV dan lain-lain lagi. Solat menjadi perkara ke-100
dalam perkara yang hendak dibuat di dalam sehari.
8) Makan
- hidup untuk makan. Terlalu banyak makan sehingga menimbulkan malas solat.
Lebih-lebih lagi sekarang ni puasa. Masuk je waktu berbuka, 18 jenis makanan
dari 18 bazar ramadhan berbeza terhidang. Maghrib? Tidurlah gamaknya.
9) Tidur
- tidur dah macam beruang koala berhibernasi. Kalau dah tidur 18jam sehari,
solat melambung ke sana sini lah jawabnya.
10) Tak takut mati
- tak tahu bila mati. Tu yang kadangkala jadi sebab malas solat. Kalau tahu
esok mati, agak-agak malam ni tak tidur malam kaver solat yang terlepas campur
dengan solat sunat.
SUMBER : http://busuk.org/ping/view/16503